Laporan daripada +Nurashikin
08.00- Pelajar-pelajar berkumpul di Sekolah Menengah Syed Ahmad.
08.05- Para peserta disediakan setiap seorang sebungkus nasi lemak dan sebotol air mineral.
09.00- Lima orang pelajar perempuan bertolak ke tempat penginapan untuk menghantar barang-barang.
09.30-Pelajar diminta berkumpul untuk membaca doa dan dilepaskan untuk berkayak seramai 36 orang pelajar , 10 orang guru dan sebanyak 16 buah kayak digunakan.
10.10-Peserta tiba di Tandop B.
10.55-Peserta sampai di Tandop C dan dibenarkan berehat selama 5 minit.Peserta diberi air mineral dan buah pisang untuk mengisi perut.
11.35-Pelajar mengangkat Kayak untuk meredah Tandop D.
12.07-Peserta sampai di Tandop C dan peserta diminta mengangkat kayak.
12.15-Peserta diberi ceramah oleh Encik Ismail untuk turun ke laut.
12.23-Peserta mengayuh kayak.
12.45-Peserta tiba di laut Selat Melaka.
13.10-Peserta cuba mengawal kayak untuk mengharungi ombak supaya tiba di Kurung Tengar dengan selamat.
14.30-Tiba di Pulau Batu Layang untuk sesi Rafting.
14.45-Berlaku Capside dan semua peserta terpaksa melakukan Rafting sekali lagi.
15.40-Semua peserta tiba di gigi Pantai Kurung Tengar dan hanya segelintir yang tidak tiba ditempat yang ditetapkan akibat kepenatan.
15.50-Semua pelajar diberi makanan dan dibenarkan makan Nasi Ayam dan Air Sirap.
16.00-Para peserta dibenarkan bermandi-manda di pergigian Pantai.
16.10-Peserta membasuh kayak dan Padle.
16.30-Peserta dibahagikan kumpulan untuk persiapan perkhemahan.
17.00-Peserta perempuan dan seorang lelaki membantu membersihkan ikan untuk menjadi santapan malam.
19.00-Cikgu Madishah(Guru Disiplin SMK Syed Ahmad) mengambil tugas sebagai tukang masak.
19.55-Sembahyang Magrib secara berjemaah berimamkan Ustaz Shahrul.
20.00-Tazkirah ringkas bersama Ustaz Shahrul (mengenai cara solat)
20.45-Solat Isyak secara berjemaah bersama Ustaz Shahrul.
21.15-Jurulatih dan peserta perempuan menyediakan makan malam.
22.30-Makan malam berlangsung dan doa dibaca oleh Ustaz Shahrul.
23.00-Komen Daripada:
Encik Ismail Bin Ahmad
Cikgu Che Ruziah
Mohd Sollehudin
Jurulatih Senior yang lain.
--------------------------------------------10 Julai 2011---------------------------------------------------
00.00-Pembahagian untuk berjaga malam mengikut khemah.(sesi sentry)
00.30-Pelajar yang tidak bertugas pada waktu yang ditetapkan untuk berjaga malam dibenarkan tidur dan menanti giliran untuk berjaga malam.
06.30-Semua peserta dikejutkan dari tidur untuk solat Subuh secara berjemaah bersama Ustaz Shahrul.
07.00-Peserta diminta mengemas khemah dan membersihkan kawasan perkhemahan.
08.00-Sarapan pagi disediakan oleh guru.
10.30-Peserta bersedia untuk berkayak semula ke SMK Syed Ahmad.
10.45-Peserta dilepaskan oleh Cikgu Saw Hok Eng(Penolong Kanan Kokurikulum)
12.00-Peserta tiba di Tandop E dan diberikan makanan.Peserta diminta mengangkat kayak.
12.15-Mula berkayuh ke Tandop D.
12.30-Peserta tiba di Tandop D.
12.35-Peserta meneruskan perjalanan.
13.00-Peserta berhenti makan Tengahari berhampiran pekan Simpang Empat.
14.45-Peserta meneruskan perjalanan.
15.00-Mengangkat kayak di Tandop C untuk meneruskan perjalanan.
15.05-Meneruskan Perjalanan.
16.40-Tiba disekolah.
16.50-Peserta diminta naik dan membasuh segala jenis perkakasan berkayak.
17.00-Peserta diberikan makan petang.
17.30-Mendengar komen dan nasihat daripada jurulatih.
19.00-Bersurai.
-tamat-
